Tuesday, November 13, 2012

Resepi Non Baked Oreo Cheese Cake

sebenarnya kek ni da lama fy buat..masa raya aidiladha haritu tapi baru hari ni rasa nak upload..da lama x update blog, rindu plak rasa..hehe..ok, balik pada tajuk, y ni sgt mudah untuk dibuat, xpayah nak kukus, xpayah nak bakar..just campak dalam peti sejuk..senangkan? jom buat kek keju ^_^


Bahan-Bahan

200 gm Oreo (Krim dibuang & biskut dihancurkan)
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya) - xletak pon
500 gm krim keju (nak sedap guna philadelphia cream cheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 2/4 @ nak hancurkan jugak pon xpe

CARA
1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. fy ketuk guna senduk nasi..kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Pukul whip cream sehingga kembang dan ketepikan.
3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang, putih dan gebu.
4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut. (sebabkan fy xguna jus lemon, fy larutkan dalam air panas shj so xguna oven).
5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.


sumber: http://aizaphcakegallery.blogspot.com ~thanx u for sharing =)

5 comments :

  1. nana dah buat minggu lepas...mmg sedap kalau hari2 makan..gemuk..haha

    ReplyDelete
  2. wah senang resepi. tapi kalau nak bakar siket boleh ke?

    ReplyDelete
  3. minta izin disharekan resepinya yee :)terima kasih :D

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)