PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, September 20, 2012

Resepi Red Velvet Cupcakes

Nota: boleh dapat dalam 20 cups 

BAHAN A: DIAYAK

300gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil  tepung penaik

BAHAN B :

125gm butter - suhu bilik
280gm gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur size A
240ml  buttermilk - cara penyediaan ada di bawah
2@3 sudu pewarna makanan merah
1 sudu kecil cuka makanan

* Cara nak buat buttermilk sendiri - 240ml susu full cream dlm kotak dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan . Dikacau rata dan dibiarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .

- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . 
- Pukul butter dalam 1-2 minit kemudian masukkan gula dan pukul sehingga kembang. 
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati .
- Masukkan esen vanilla dan pukul adunan sehingga sebati.
- Campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan kacau bagi rata .
- Masukkan bahan A iaitu tepung dengan bancuhan buttermilk tadi secara selang-seli dan terus pukul sehingga betul-betul sebati . 
- Menggunakan bekas lain, campurkan soda bikarbonat dgn cuka dan kacau biar sampai berbuih dan cepat-cepat masukkan dalam adunan tepung tadi kemudian kacau semua adunan bagi rata . 
- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas (3/4 cup shj) dan bakar selama 20-15 minit @180'C.
- Sejukkan seketika sebelum letak frosting.


*Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


CARA BUAT CHEESE FROSTING :

200 gm gula icing
250 gm cream cheese
70 gm mentega

CARA MEMBANCUH CHEESE FROSTING :

1) Pukul semua bahan sehingga kembang dan sehingga sebati . Boleh tepek atas kek da :)

1st time buat..okla kn? heee (n_n) 

9 comments :

  1. Soda bikarbonat Di ayak atau dcampur dgn cuka?

    ReplyDelete
  2. Soda bikarbonat diayak atau dcampur cuka?

    ReplyDelete
  3. Soda bikarbonat Di ayak atau dcampur dgn cuka?

    ReplyDelete
  4. @miss eynsahmad diayak sis..ayak sekali dgn tepung..cuka campur dgn susu dan biarkan selama 10 minit before ikot step seterusnya.

    ReplyDelete
  5. soda bikarbonat yang campur dengan cuka sampai berbuih tu sukatan berapa ye? sbb ada dalam arahan tp tiada di bahan-bahan. tq.

    ReplyDelete
  6. salam sis,cocoa powder tu sbgai ape ye? ada stgh resepi,dia sukat gnee cwn.. sis gne sudu.. kalau x ltak bnyk sngt boleh ke?

    ReplyDelete
  7. salam sis,cocoa powder tu dgunakan sbgai ape ye? stgh resepi sukat gne cwn.. kalau kte x ltak bnyk boleh x?

    ReplyDelete
  8. salam sis,cocoa powder tu sbgai ape ye? ada stgh resepi,dia sukat gnee cwn.. sis gne sudu.. kalau x ltak bnyk sngt boleh ke?

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)