PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, July 1, 2011

Kenapa BERSIH perlu di TOLAK..

Ini adalah entry copy-paste dr pihak y tidak bersetuju dgn BERSIH..ape pendapat fy plak?baca sampai habis...huhu..

1 .Perhimpunan haram Bersih 2 yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai nanti, diketuai oleh individu yang memperjuangkan beberapa isu kontroversi seperti kes murtad dan suruhanjaya antara agama di negara ini.

‎2. Apa yang difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan isu-isu kontroversi.

‎3. Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).

‎4. Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini.

5. Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.

‎6. Pada umat Islam yang ingin menegur pemerintah haruslah berdasarkan saranan Rasulullah SAW iaitu melakukannya mengikut saluran yang betul iaitu “Lakukanlah secara peribadi dan individu, dan ia (nasihat) harus diberi secara rahsia, kerana apabila mana sesuatu nasihat diberi secara terbuka, itu bukan lagi nasihat, sebaliknya ia akan membuka keaiban pemerintah".

‎7. Merujuk kepada sejarah Islam, terdapat kisah menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Abdullah Saba menganjurkan perhimpunan pada zaman Khalifah Uthman Affan sehingga menimbulkan perpecahan dan akhirnya mengorbankan nyawa khalifah itu sendiri.

‎8. Merujuk kepada penggunaan dalil oleh bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memetik sebuah hadis Rasulullah mengenai seorang sahabat mengadakan demonstrasi jalanan kerana disakiti jiran sebagai dalil membenarkan demonstrasi jalanan adalah tidak tepat.

‎*“Cara guna dalil itu tidak tepat, tajuk dalil itu tak sama, dalil kejiranan tak boleh disamakan dengan dalil kepimpinan. Hadis itu memang sahih, tetapi situasinya tidak sama kerana jiran tidak boleh disamakan dengan pemerintah,” kata Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

‎9. Golongan minoriti yang menganjurkan perhimpunan BERSIH seharusnya menghormati golongan majoriti yang rata-rata menyokong KERAJAAN.

‎* Sesebuah KERAJAAN terbentuk apabila majoriti rakyat menyokong sesebuah parti yang di ingini.. Jadi golongan minoriti yang menentang KERAJAAN yang dibentuk mesti menghormati keputusan majoriti. Setiap KERAJAAN yang dibentuk boleh berbuat apa sahaja yang perlu sekiranya menganggu gugat kehendak MAJORITI yang menyokong KERAJAAN.



ape y penting, pada tanggal 9 Julai tu, fy harap xdala insiden y x diingini terjadi..mintak di jauhkan la perkara2 y buruk..if terjadi, memang fy akan teringat sampai bila2..nak tau kenapa? sebab pada tarikh y sama, fy akan menyambut hari jadi..sape2 pon xnk perkara buruk terjadi pada hari2 y pnting dalam hidup kan?for what its worth, puuhhh puuhhh...mintak dijauhkanla malapeta...amin..

p/s: kesimpulanye fy xsetuju BERSIH dibuat pd 9 Julai..buat hari laen ye..jgn marah =)


10 comments :

  1. perlembagaan jelas membenarkan himpunan secara aman...

    ReplyDelete
  2. aku doakan agar dengan perhimpunan tu nanti akan menghasilkan kesan2 baik...

    ReplyDelete
  3. apa yang minoriti dan majoriti?hak minoriti tetap sama dengan majoriti,berhak bersuara dengan perhimpunan BERSIH setelah selama ini luahan tidak diendahkan oleh pemimpin.mana sistem demokrasi yang dilaungkan? *pelik.pakai baju kuning pun kena tangkap.btw, post ni copy paste kan?aku tahu

    ReplyDelete
  4. dah la pening la masalah2 macam ni......

    ala bila orang islam sekali nak gerak ke depan sume orang bagi fatwa, keluar hukum, x sokong, perli, padahal nak naikkan yg benar..

    tapi bila adanya fesyen "muslimah" hadhari, ratu bapok, dan segala benda di msia, ada sape bg fatwa ..? ade sape haramkan..? cammon, masa ni la melayu nak bergerak, untuk 1 hari je.. 1 hari je.......... demonstrasi ni bukan wajib dan bukan nye syar'ie tapi untuk Islam, kita doalah banyak2 agar tidak berlaku sesuatu yg tak di ingini nanti.. sebagai islam, hanya doa senjata kita..

    perbezaan pendapat adalah rahmat, tp bukannya seperti saling mencaci dan memerli.. tapi mana yang benar, kita pandang, mana yang kita tahu seleweng dari syari'ah, kita jadikan sempadan..

    ----------> nak tegur macam ne si najib tuh... tegur2 senyap2 pun ade dia dengar?? =.=

    ReplyDelete
  5. happy becoming besday cheqpjoy:)

    ReplyDelete
  6. himpunan bukan rusuhan.

    ReplyDelete
  7. kepada sha-na.szied:

    fatwa keluar dari dalil: quran dan sunnah dengan pemahaman yg sahih. bukan suka2 keluar mcm teori kebetulan big bang. spt mana kata dr fadlan, dalil itu sahih, tetapi application tidak kena. dan sekiranya kita mempelajari aqeedah, kita akan menyedari bahawa zaman tabi'in juga ada pemerintah yg zalim (cthnya al hallaj), yg sangat jelas jauh lagi zalim dari pemerintah malaysia, namun perlu diselidiki apakah tindakan sahabat dan tabi'in ketika itu.

    anda berniqob, saya yakin ada berniqob juga atas dalil. jika benar, anda perlu lah bersikap yg sama dalam hal ini.

    perpecahan adalah rahmat, bukan hadith. harap diberi perhatian.

    dan sekali lagi saya ingatkan. anda berniqob, maka saya jangkakan penulisan anda penuh hikmah dan sopan santun.

    maafkan saya kalau anda sbnrnya tidak berniqob, cuma pic saja berniqob. walau bagaimana pun jgn marah, cuma telitikanlah apa yg saya tulis.

    wallahu'alam~

    ReplyDelete
  8. Anti-BERSIH.. anti-AMBIGA.. dah tinggal di negara aman.. tak tahu nak bersyukur.. nak wat kecoh pulak.. Kononnya nak perjuang hak dia.. tapi mana hak org lain nak hidup aman.. dok wat jem je la keje BERSIH nih.. bengong..!!

    ReplyDelete
  9. apa nak jadi...kalau dah jadi huru hara...apalagi yang tak puas hati...sebenarnya pada pendapat saya..orang2 yang suka buat demontarasi atau perhimpunan halal lambat laun jadi haramwalau apapun niat atau tujuaa...sebenarnya hati mereka penuh dengan kekacaun...hasad dengki..suka menyalahkan orang lain...penuh amarah...zalim sangat ke pemimpin kita...kita susah ke nak beribadat...ada ke kita dipaksa buat yang kita tidak suka...ada ke kita selalu atau dipaksa ikut kehendak mereka...hati kalau dah ada setitik darah hitam maka kotorlah jadinya..tolonglah...biarkanlah MALAYSIA KITA aman..demi anak bangsa dan agama kita

    ina

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)