esok hari sabtu bersamaan dengan 25 December 2010 merupakan Xmas Day kepada sebilangan rakyat Malaysia..fy rasa semua orang pon memang da tau pasal 2..dekat tv, bukan maen meriah lagi lagu2 n movie pasal xmas dimaenkan..sama jugak dekat mall, pokok krismas bukan maen tinggi lagi di pacak kan di tengah2 bangunan..meriah jugak kan sambutan xmas ni?
y menjadi persoalanya, sape y paling excited sambut perayaan ni? tentunya penganut agama kristian..tau x kenapa diaorang sambut xmas? xmas merupakan hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. ape pula hukunmya kalau orang melayu beragama islam y turut meraikan Xmas?
Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam
Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:
1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”). Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.
hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.
Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)
Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.
kredit to : http://hashamosha.blogspot.com/2010/12/ada-apa-dengan-hari-krismasnatal.html
mestilaa xboleh..
ReplyDeletetula kadang2 org melayu a.k.a org islam pulak iye2 nak sambut ^_^
ReplyDeletenice !! thumbs up
Entri anda sgt berguna utk seluruh umat islam kt malaysia ni..
ReplyDeletermai yg msih x phm psl hukum2 dlm islam..peace
tpi skang..nmpknya org melayu pun ada jugk yg excited smbut xmas...huhuhu..siap nk bgi2 adiah...
ReplyDeleteDilarang !!
ReplyDeleteTegah !!
baru eyra tahu! thanks for the info, hehe.
ReplyDeletep/s ; serabut je banyak cerita pasal krismas je kat tv. tak menarik -___-"
christmas kan untuk org kristian j.. ^^
ReplyDeletealaa, apa yang penting, kita tidak payah sibuk2 dengan perayaan mereka. perhatikan saja cukup. selagi diorang tidak kacau perayaan kita, kita pun tidak payah la kacau perayaan diorang kan?
ReplyDeletecukupla braya 2...smpai krismas pon nk smbut apa nk jadi ni ha?kita staun smpai 2x kot braya..bgila dpa braya puas plak..hehe..(i dah tgur scara berhemah ni k, xnak ikut gak xtawla)
ReplyDelete