Monday, July 19, 2010

SOTONG CASSANDRA CABAR PAUL

 CASSANDRA dirakam memeluk gambar Gillard dengan sesungutnya  ketika membuat ramalan semalam.
CASSANDRA dirakam memeluk gambar Gillard dengan sesungutnya ketika membuat ramalan semalam.

Sotong tukang tilik terbaru dari Australia buat ramalan politik

SYDNEY: Kisah sensasi Paul, sotong Kurita 'si tukang tilik' yang berjaya meramal dengan tepat juara kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini nampaknya akan berterusan. Terbaru, sebuah akhbar di Australia The Sydney Morning Herald, menampilkan sotong kuritanya sendiri, ‘Cassandra’ yang didakwa meramalkan Perdana Menteri Julia Gillard akan memenangi pilihan raya negara itu bulan depan.

Akhbar itu juga menyiarkan gambar Cassandra sotong tukang tilik terbaru di Australia sebaik saja Gillard mengumumkan pilihan raya umum Australia akan diadakan pada 21 Ogos.

The Sydney Morning Herald berharap Cassandra akan mengatasi kehebatan Paul, sotong kurita Jerman yang berjaya membuat pelbagai ramalan termasuk juara Piala Dunia.

“Pilihan Cassandra ke atas Julia Gillard memang jelas. Di sebaliknya sifatnya sebagai haiwan yang suka hidup bersendirian, Cassandra memeluk gambar perdana menteri dengan sesungutnya yang panjang,” kata akhbar itu dalam keterangan bergambar yang disiarkannya.

The Sydney Morning Herald bagaimanapun melaporkan, Cassandra menunjukkan reaksi berbeza ketika gambar pemimpin pembangkang Tony Abbott ditunjukkan apabila ia segera menukar warna tubuhnya menjadi hitam.

Sementara itu pakar sains marin, Profesor Rob Harcout memberi amaran, berikutan sotong kurita mempunyai pelbagai personaliti, Cassandra juga boleh menukar undi melalui lapan sesungutnya pada bila-bila masa.

Gillard semalam mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 21 Ogos dan akan menggunakan isu dasar pengurusan ekonomi, iklim dan perlindungan sempadan dalam kempennya.

Wanita pertama Australia dilantik sebagai perdana menteri, Gillard menyandang jawatan itu tiga minggu lalu ketika kerajaan Parti Buruh berdepan kekalahan tetapi berjaya meningkatkan jumlah undi untuk mendahului Parti Konservatif pimpinan Abbott.

Konservatif hanya perlu memenangi sembilan kerusi untuk membentuk kerajaan bersama empat calon bebas atau 13 kerusi bagi mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Hari ini saya memohon mandat daripada rakyat Australia untuk terus memajukan negara ini dan bergerak maju bermakna kita perlu bersama ekonomi lebih kuat dan bajet yang mencukupi,” katanya. – Reuters

p/s: lepas ni binatang ape plak la y glamer??? jgn oink oink sudah..hahaha...=p

8 comments :

  1. musim mencandat sotong ke nih?

    ReplyDelete
  2. Cik Bucken: sedara jauh paul ni..=]

    ReplyDelete
  3. cemomoi: 2la psal..tp xde plak dpt mkn sotong..

    ReplyDelete
  4. lepas ni fenomena MENYOTONG..memang terbaikkkkkk !

    ReplyDelete
  5. Aqeel: wahaha..fenomena baru plak..

    ReplyDelete
  6. adeyy...
    macam2 btul..
    ape daa~ (-.-")

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)