sedar xsedar, dah 6 hari abah meninggalkan kami..meninggalkan dunia ini untuk berjumpa tuhan yang satu..rumah ni terasa sunyi tanpa suara dan gelak ketawa abah..tiada lagi kedengaran bacaan al-quran di waktu magrib..tiada lagi kelibat abah kelihatan di mana-mana..
teringat lagi hari tu, sabtu (27/08/2011) pagi-pagi lagi abah dah mula menyapu sampah dekat laman rumah.. abang dan adik pon ada sama..diaorang tolong abah bersihkan porch..memang abah da niat hari tu untuk buat gotong-royong memandangkan kitaorg sepatutnya pulang ke taiping pada pagi ahad..saje je balik kg awal, nak menjemput orang ke kenduri kahwin abg y akan berlangsung tgh bulan 9 ni..
masa tu fy tengah kemas bilik..terbayang-bayang lagi abah bersihkan kawasan sebelah bilik fy tu..ada masanya abah batuk kuat sgt..macam bunyi kahak pun ada..fy xfikir ape la sbb abah memang selalu batuk..xlama lepas tu fy keluar ke depan rumah..saje la nak tgk ape diaorg buat kat luar..masa tu abah masuk ddk kat beranda, abah kata abah rasa nak pengsan..fy tgk muka abah macam orang penat..
sebenarnya, hari tu abah xsahur..abah just minum air dan makan kek span y dia beli semalam..sbb tu fy fikir abah penat sebab xsahur..dengan niat nak bergurau fy cakap dekat abah, abah nak air ke? abah xckp ape pon..lepas tu fy masuk rumah..abah pon ikot sama..tiba-tiba abah mintak air..fy tnyela, abah xpuasa ke? abah jawab, abah serius ni..mcm nak marah pon ada..fy xbyk ckp terus hulur abah air..niat fy tnye bukan nak perli abah, tp fy takut abah terlupa..lepas tu fy pon masuk bilik semula smbung wat kerja..
xlama lepas tu mama masuk bilik..minta fy goreng telur..abah nak makan katanya..fy pon cepat-cepat la gi dapur..masa lalu dekat dining hall tu fy tgk abah ddk termenung..mama plak tgh siapkan nasi untuk abah..fy pon goreng la telur..da siap goreng fy duduk kat ruang tamu plak..pasang cangkuk pada kain langsir..lepas siap makan abah duduk dekat kerusi malas..kerusi abah tu xjauh pon dari kerusi y fy duduk..
tengah kusyuk duduk pasang cangkuk tu, tibe2 fy dengar bunyi kuat sangat dr abah..bunyi macam kahak dan nafas xlepas..xpernah dengar bunyi kuat macam tu dari abah...fy pandang abah..fy nmpk mata abah da terlelap da..kepala abah pon da mcm lentok kit..fy cepat2 pergi kat abah..panggil abah..abah, abah!! tp xde respon..mcm org gila fy jerit pngil mama, abang dan eme kat luar..mama nampak je abah terus sebak..mama ckp, abg nape ni, mengucap bang mengucap...
fy xingt ape y berlaku masa tu..semuanya kabur..y fy ingt, fy suruh eme call ambulans..abang dengan mama tolong abah..sebabkan org ambulans tu banyak tanya, fy terus letak phone..xingt da call sape..xlama lepas tu jiran kitaorg datang..pak cik li dan abg din..diaorg tlg angkat abah masuk kereta..abang terus drive pergi klinik..masa tu y tinggal dekat rumah cuma fy and eme...kitaorg tutup rumah dan pergi ke klinik jgk..
dekat klinik, abang teman abah dalam bilik rawatan doktor..kitaorg tunggu dekat luar..masa tu macam2 perkara berlegar-legar dalam fikiran..perasaan takut, gelisah memang xbleh nak di elakkan..takut kalau xdapat jumpa abah da..mama mundar mandir je dalam klinik..fy cuma duduk dan termenung..fy cuba tahan air mata..sungguh, fy xbersedia lagi untuk hidup tanpa abah..
fy memang xkuat untuk masuk dan tengok keadaan dalam bilik doktor..xtaula ape y diaorg buat kat dalam..fy cume doa, bila pintu bilik tu terbuka abah da sedar..itu je doa fy..semoga Allah panjangkan umur abah..tiba-tiba azan zuhur berkumandang....astaghfirullah al azim, da hampir 15 minit abah dalam bilik doktor..tiba-tiba pintu bilik terbuka..pak cik li keluar dari bilik..masih jelas dalam ingatan fy, abah terbaring kaku di atas katil, sementara doktor bertungkus-lumus membuat cpr pada abah..kemudian, pintu tertutup...
xlama lepas tu, ambulan sampai..paramedic pon masuk dalam bilik doktor..fy tertanya-tanya apa y sedang berlaku..berdebar-debar jantung fy ni...selang beberapa minit, pintu di buka dan kami dipanggil masuk..ada alat dipasang pada abah..fy xsure ape bendenye tu tp fy sangkakan abah da ok, sebab alat tu keluarkan bunyi..memang da ada rasa lega..kitaorg pandang doktor, dia macam teragak-agak je nak mengeluarkan suara...dia mengalihkan pandangan pada mama dan cakap, " saya mengesahkan bahawa suami puan sudah meninggal dunia"...
fy terkesima..fy terus keluar..menangis dekat kerusi..mama datang je fy terus peluk mama..ya allah, hebatnya dugaanMu ini ya Allah..hancur hati ni tuhan je y tau..eme y masih xtau ape y sedang berlaku terus masuk bilik doktor..knape? ape da jadi? fy terdengar suara dia bertanya pada abang.. ape y jd lepas tu fy da xingt..
y fy ingt, xlama lepas tu fy masuk bilik tu semula..jasad abah terbujur kaku ditutupi kain hijau..fy pegang kaki abah..sejuk..fy selak kain y menutupi muka abah..xsemena-mena air mata mengalir laju..abah, bangun bah..abah bangunla..abah janganla macam ni..abah bangun...fy kucup dahi abah...muka abah nmpk tenang..macam tersenyum pon ada..macam2 fy cakap kat abah masa tu..xtertahan rasa dalam dada ni.. air mata xberhenti mengalir..
jenazah abah kemudianya di bawa ke hospital untuk bedah siasat..fy dan eme ditugaskan untuk membuka dan mengemas rumah..ramai saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat y datang membantu..kakak tiba dari shah alam dan terus pergi ke hospital..dalam pkol 6.30 jenazah abah sampai..fy xpasti apa tandanya, tp masa tu hujan turun dengan tiba-tiba...xlama..sekejap je..hujan renyai2 seolah-olah menangisi permergian abah..
arwah abah dikebumikan malam tu jugak..itu pun selepas opah sampai..kesian opah..ingat lagi saat opah melangkah masuk dalam rumah..bila nampak je jenazah abah, opah cakap, anak mak..napa jadi lagu ni? opah terus mendapatkan abah..opah peluk abah..air mata opah mengalir..opah bisik kn kt telinga abah, anak mak, mak redha hang pergi dulu..mak maafkan semua salah hang...kitaorg y ada dekat situ xdapat nak tahan air mata ni..hibanya saat tu..
selepas solat jenazah dekat rumah, jenazah abah di bawa pula ke masjid..tempat abah selalu pergi untuk solat jumaat dan terawih..alhamdulillah, ramai jemaah y masih tunggu walaupun masa tu da hampir jam 10.15pm. kemudian, barula jenazah abah di bawa ke tanah perkuburan.. kereta y kitaorang naiki ikot betul2 belakang van jenazah..masa tu xda org lagi kat kawasan kubur..tp bila kitaorg pndang je belakang, masyaallah, deretan kereta y mengikut van jenazah adalah sejauh mata memandang..
walaupun masa tu da lewat malam, kawasan perkuburan tu nampak terang..lampu di pasang untuk memudahkan kerja-kerja menurunkan keranda..biasanya, untuk menurunkan keranda, tali akan digunakan.. tapi entah macam mana, tali xda pula..terpaksalah menurunkan keranda dengan tangan sahaja..masa tu abg, abg budi dan seorang sahabat telah turun dalam lahad untuk menyambut keranda..alhamdulillah, tanpa bantuan tali, kerja-kerja menurunkan keranda dapat di selesaikan dengan cepat..
bacaan talkin jenazah segera dimulakan..masing-masing menahan sebak..terbayang-bayang lagi ciuman terakhir tadi..inilah kali terakhir melihat abah..lepas ni yang tinggal hanyalah kenangan dan ingatan..hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci menjadi penghubung antara kami..Ya Allah ya tuhanku, kau ampunila segala dosa ayahku dan kau tempatkanlah dia di kalangan orang2 y beriman..amin..fy hanya mampu mendoakan agar arwah abah tenang di sana..
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." Al-Anbiyaa' - 35...
~Aidilfitri 2010 ~
Al-Fatihah.kak fifi kuat ea.
ReplyDeleteBergenanng air mata baca entry ni! :(
ReplyDeleteElie doakan semoga kamu dan keluarga kuat dgn dugaan ini ya? DIA lebih sayangkan arwah.. Al-Fatihah.
Al-Fatihah tuk arwah abah...
ReplyDeleteal-fatihah... semoga kuat semangat....
ReplyDeleteAl Fatihah, tabah fy dalam mengharungi dugaan yang maha Esa, sesungguhnya hanya dia yang lebih mengetahui.
ReplyDeletetakziah fy. arwah pegi di bulan penuh berkat. al-fatihah utk arwah. semoga ditempatkan dlm kalangan org beriman.
ReplyDeleteAL-fATIHAH...Sedihnya...banyyak2 bersabar ye...
ReplyDeletetakziah...semoga awak tabah hadapi semua dugaan ni...doakan arwah tenang disana....
ReplyDeleteAl-Fatihah~
moga rohnya dicucuri rahmat-Nya...amin-syidah ump
ReplyDeletealfatihah.. banyak bersabar ye. doakan arwah tenang di sana
ReplyDeletesedih baca entry ni..takziah fifi..sabar eh..
ReplyDeletealFatihah.
ReplyDeleteal-fatihah..salam takziah
ReplyDeletetakziah. insyaAllah doa dari anak2 amanlah dia di sana.
ReplyDeletetakziah dari nana cheqpjoy..moga cheqpjoy n family tabah menghadapi dugaan dariNya..nana doakan semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman...amin..al-fatihah...
ReplyDeletesalam takziah kak fifi...kuatkan semangat ye kak....
ReplyDeletesalam takziah buat adik..semoga tabah menghadapi dugaan dari-NYA..AL-FATIHAH..
ReplyDeleteTakziah, Cheqppjoy. Rasa sebak bila baca entri nie. Semoga arwah abah Cheqppjoy dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin :)
ReplyDeleteEntri terbaru : Ulangtahun Perkahwinan Bertukar Tragedi Hitam Di Bulan Ramadan :'(
salam takziah dari atia.. semoga roh dan jasadnyer sentiasa dirahmati Allah.. Al-Fatihah..
ReplyDeleteal-fatihah dear. semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman.
ReplyDeleteTakziah dik.. Akak baru berkesempatan nak baca.. Al-fatihah bt arwah..
ReplyDeletetakziah fy...
ReplyDelete