hari esok, genap 21 hari abah meninggalkan kami..kehilangan y amat dirasai..walaupun abah tak lagi bersama kami, selalu terbayang kelibat abah di dalam rumah ni.. terbayang-bayang wajah abah..xkirala tengah senyum ke, tidur ke, ketawa ke, semuanya berlegar-legar dalam bayangan mata ini..seberat-berat rindu y fy rasa di kala ini, fy tau bebanan rindu y mama rasai lebih kuat lagi..
baju terakhir y abah pakai masih lagi terlipat rapi di tepi katil mama..baju dan kaen pelekat tu la y abah pakai semasa rohnya meninggalkan jasad.. mama x basuh pun.. tiap kali fy tgk pakaian abah tu, fy memang sebak.. dalam anak mata ni, masih nampak lagi jasad abah y terbujur kaku di atas katil.. fy ingt lagi, macam mana fy cium muka abah dengan linangan air mata..fy pegang dada abah, kejutkan abah..tapi abah xbangun..macam xpercaya, abah da xda..walaupun berat untuk fy terima, fy tau fy kena redha dengan pemergian abah ni..abah pergi dan x akan kembali lagi.. sampai bila2 pon...
12 hari sebelum abah pergi, pak cik fy ustaz abdul halim telah dulu pergi menemui Illahi..abah dan arwah ayah cu memang rapat..masa ayah cu meninggal, abah menangis..walaupun diaorg sebenarnya biras tapi hubungan diaorg da macam adik beradik..bila ayah cu meninggal, abah selalu sebut ayah cu..abah akan cakap, da seminggu ada cu pergi..lepas tu abah termenung..
siapa sangka, pemergian ayah cu di sahut abah..tengahari sabtu tu, abah sakit dan terus meninggalkan kami selamanya..terlalu rapat jaraknya..sungguh kami terkilan..abah pergi secara mengejut..kalau hari semalam kami ketawa bersama abah, hari ini kami menangis kerana abah..sekelip mata je dunia berubah..perasaan kecewa menebal dalam hati ni..banyak perkara fy xsempat buat dengan abah, untuk abah.. fy rindu sangat2 dekat abah..subhanallah..
terima kasih fy ucapkan kepada kawan2 y banyak memberi sokongan pada fy..ramai y hantar sms dan komen minta fy bersabar dan redha dengan pemergian abah..terima kasih sangat2..fy jarang bercerita tentang perasaan y fy rasa selepas pemergian abah pada kawan2.. bukan fy xmau berkongsi, tapi apa y fy rasa seskarang ni susah untuk fy luahkan..
ye, memang fy memendam perasaan.. fy bukan kehilangan kucing, tapi fy kehilangan satu-satunya bapa fy di dunia ni.. bukan sesuatu y senang untuk fy ceritakan semuanya..perasaan fy ni, sapela y akan faham..fy xtau macam mana fy nak teruskan hidup ni..kadang-kadang ada juga rasa putus asa..bayangkanla, tiap kali bangun tidur perkara pertama dalam fikiran, abah da xda..kemudian terbayang mama dan adik..sebak sangat hati ni.. kalau fy ada di rumah, ringan sikit rasa..2 hari dekat asrama, rasa xsenang duduk..nasibla rabu dan kamis xda kelas..cepat2 fy balik rumah..
esok hari jumaat, kami akan bertolak ke kluang johor..walaupun abah dah xda, amanah abah mesti di teruskan.. majlis perkahwinan abang diadakan juga tapi dalam keadaan y sederhana..abah memang nak abang menikah dengan kak aida cepat2..ingt lagi dulu abah pernah cakap dekat abang, xbaek awak bawak aida tu ke hulur ke hilir lama-lama..dia tu anak yatim piatu..kesian dia..sebab tula, kami adakan jugak majlis abang ni..kami tau, abah mesti setuju..insyaallah..
semoga, perjalanan pergi dan balik kami selamat..begitu juga dengan majlis hari sabtu ni..pp doakan abang dan kak aida kekal bahagia hingga ke akhir hayat..jagala kak aida mcam mana abang jaga pp..i am lucky to be one of your sister..you are not a perfect brother, but you are a very good brother..lepas kenduri kat kluang, kenduri dekat kuantan pula..nanti la fy cerita..
malam ni kami adakan sedikit bacaan tahlil dan doa selamat..so, fy kene stop menulis sekarang..nanti fy sambung lagu ye..thnx u for reading my story..salam...
Al-Fatihah...moga roh arwah abah sis ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
ReplyDeletehope sis tabah dgn ujian-Nya..
Yang pergi tetap pergi, 3 tahun lepas abah alami perasaan yang sama..ayah abah pergi dengan tiba-tiba pada syawal 13..tabahkan hati dan kuatkan semangat. Sedekahlah al-fatihah dan doa untuk dia.
ReplyDeleteAnak Yang Paling Kedekut
huhu....be strong yer cheqpjoy!moga arwah tenang disana...amin...and moga selamat perjalanan pergi dan balek esok..
ReplyDeletesabar ye fiey..semoga roh arwah abah fiey ditempat bersama org2 beriman..amin..
ReplyDeletealfatihah wat arwah abah...
ReplyDeletekak fy, be strong....
ReplyDeleteinsya Allah, akak akan kuat...
dan zana pun doakan agar perkahwinan abg kak fy kekal ke akhir hayat...semoga kak fy satu family kuat mengharungi ujian Allah...
Al-Fatihah...moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
ReplyDeletetabahlah dgn ujian-Nya..
salam...
ReplyDeletemorning fy...
sabar byk2 k...berat mata memandang berat lg bahu memikul..
doakan kesejahteraan beliau di sana, itu lebih baik..
masa boleh mengubati insyaAllah....
mengalir airmata baca post ni...
ReplyDeletebaru kehilangan ayah tersayang 6 hari yang lalu
So paham perasaan fy
Al Fatihaha buat Arwah ayahanda mu..maaf baru tahu..itupun akak (isteri)abang bagitau...melihatkan penulisan,apa yang kao rasa hanya kao yg tahu tapi aku yakin kao seorang yg kuat semangat dan penuh dengan didikan agama...kao pastinya kuat menempuh dugaan ini dari Allah..aku amat pasti ...salam takziah buat kao ..maaf mungkin abang terlambat...moga kebahagiaan sentiasa milik mu dan semuga arwah ditempatkan dalam golongan org2 yang bertaqwa...InsyaALLAH!
ReplyDelete