Tuesday, October 19, 2010

PUTRAJAYA : Lubuk Maksiat???

PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.

Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.
Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

Oleh itu, katanya, tidak hairan jika kakitangan terbabit dikesan turut menghadapi masalah moral termasuk melakukan maksiat dengan pasangan yang juga kakitangan kerajaan.
Tanpa berselindung, Carlos mengakui sedih dengan sikap penghuni Putrajaya yang tidak mengenali jiran sehingga mengundang kegiatan tidak bermoral di rumah jiran mereka.

Menurutnya, kebanyakan tangkapan khalwat dilakukan selepas pihak berkuasa agama memperoleh maklumat pihak ketiga dan bukan daripada jiran di kawasan berkenaan.
“Sikap ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak sihat kepada suasana bermasyarakat di kawasan berkenaan sehingga ‘orang luar’ menganggap Putrajaya tempat melakukan maksiat.“Jadi, bukan satu yang pelik apabila wujudnya gejala maksiat termasuk khalwat membabitkan suami dan isteri orang yang semakin membimbangkan walaupun penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan operasi membanteras gejala itu,” katanya.

Carlos berkata, walaupun hampir 99 peratus penghuni di Putrajaya beragama Islam, mereka tidak memiliki semangat kejiranan yang kukuh bagi membantu penguat kuasa Jawi menangani gejala tidak bermoral terbabit.

Malah, katanya, sikap itu semakin memburukkan keadaan apabila premis milik kerajaan itu digunakan pemiliknya untuk melakukan maksiat.

Tanpa berselindung, Carlos berkata, walaupun pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, tetapi kehadiran penghuni amat mengecewakan seolah-olah mereka bukan penghuni di kawasan itu.
“Bukan itu saja, penghuni juga tidak menggunakan surau untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih selesa ‘menyembunyikan’ diri di dalam rumah dan tidak mempedulikan jiran berhampiran,” katanya.

14 comments :

  1. sebenarnya katmana2 pun leh jadi lubuk maksiat kalau kite sebagai masyarakat amek sikap "tak mahu jaga tepi kain orang" tapi dia tak tau nanti kain orang tue lah yang jaga api marak menyala kat akhirat kelak...

    ReplyDelete
  2. ntah la...dunia,dunia..selamat tinggal dunia...!!!!hehehe

    ReplyDelete
  3. putrajaya jadi pusat jenayah...boleh gitu?

    ReplyDelete
  4. aku tengok ari tu kat depan masjid tu.. orang dok azan maghrib.. depa dok skate board lagi.. apa laa
    kuman "ketagihan blog?.." Entry

    ReplyDelete
  5. tak pernah sampai putrajaya lagi!

    ReplyDelete
  6. kat mana-mana pun sebenarnya jadi benda ni. hatta kat tepi masjid pun boleh kalau niat tu ada. putrajaya ni jadi tumpuan sebab komuniti dia yang ignorance sikit. kerja pagi balik petang sampai lupa nak tegur jiran sekeliling. no offence orang putrajaya. tulisan berdasarkan pemerhatian

    ReplyDelete
  7. ala sedihnye putrajaya jd tmpt maksiat :( tmpt tu indah. masjid pun cntik :(

    ReplyDelete
  8. aku sama mcm syani..xpernah jejak outrajaya lagi..

    agak2 jakim baca dak entri ni?..huhu

    ReplyDelete
  9. betoi ka? macam tak caya je.. pusat kerajaan tu kat situ
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  10. selalu jugak dengar pasal ni tapi tak pernah plak nampak...
    agaknya mula dari kes dalam lif tu kot hehe

    ReplyDelete
  11. sebenarnya.. kat mane2 pon de..pengalaman berkawan dgn org... ader ug bercerita.. bile ader serbuan kat hotel..polis diberi rasuah supaya pura2 tak tau.. fikir2kan..

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)