PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, September 26, 2010

HADIAH TERAKHIR SOSILAWATI


YATMAH menatap perabot pemberian Sosilawati di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Batu Pahat, malam tadi.Set baru hanya undang air mata, tak mampu ceriakan hati Yatmah

BATU PAHAT: Perabot bernilai RM27,000! Itulah hadiah terakhir Datuk Sosilawati Lawiya, 47, buat ibunya, Yatmah Abdul Rahman, 80, yang dihantar tiga hari lalu ke rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini yang mengundang air mata setiap kali memandangnya.

Perabot termasuk satu set ruang tamu, dua set meja makan dan tiga set almari perhiasan tentunya menjadi pemberian paling berharga tetapi tidak mampu menceriakan hati ibu tua itu apabila mengenangkan kejadian tragis yang menimpa anak kesayangannya.

Adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 45, ketika ditemui Berita Minggu semalam berkata, beberapa hari sebelum hilang, kakaknya itu menghubungi dirinya supaya mengosongkan serta mengambil beberapa perabot lama ibunya kerana dia sudah menempah perabot baru dari Kuala Lumpur bagi dihadiahkan kepada ibu mereka dan dijadualkan akan dihantar satu hari sebelum hari raya.

“Mak kini tidak boleh melihat perabot baru di rumahnya itu kerana dia akan menangis. Sebab itu saya membawanya tinggal bersama kami,” katanya yang tinggal tidak jauh dari rumah ibunya di kampung sama.

Rosnani berkata, ibunya kini semakin banyak mendiamkan diri, lebih suka termenung dan sukar tidur malam sehingga membimbangkan beliau sekeluarga.
“Mak sihat, reda dan semakin menerima hakikat yang menimpa Kak Wati, namun dia kini lebih banyak termenung dan selalu tidak dapat tidur malam, mungkin rindu dan terkenangkan Kak Wati. Sesekali mak akan menangis, apatah lagi jika ada yang bertanya mengenai Kak Wati.

“Mak juga tidak lagi berselera makan seperti dulu dan apabila disuruh makan, dia tidak mahu. Ini membuatkan kami sekeluarga bimbang meninggalkannya seorang diri tanpa berteman dan sentiasa membawanya ke mana-mana.

“Apa yang memilukan hati saya sekeluarga apabila melihat mak termenung, dan bila ditanya mak akan mengatakan dia sedang berdoa supaya mereka yang menganiaya Kak Wati tidak terlepas dan diberikan hukuman setimpal di atas kekejaman yang dilakukan,” katanya.

Yatmah pula berkata, walaupun hari ini genap 15 hari berita anaknya dibunuh tercetus, keperitan dan kesedihan yang ditanggungnya tidak mampu diucapkan dengan kata-kata dan mungkin sukar difahami orang lain.

“Aku tidak ampunkan orang yang buat anak aku macam itu... ingat anak aku tu anak kucing ke? Anak kucing pun orang sayang, ini pula manusia macam Wati!

“Tiada apa lagi yang boleh saya cakap... Saya mak dia, yang kandungkan, lahirkan dan besarkan dia... anak saya sendiri... mestilah sedih,” katanya dalam nada sebak dan terus terdiam.

6 comments :

  1. hmm..kesian kat mak die..redha jela anak die dh takde.. :(

    ReplyDelete
  2. setiaap sesuatu tu ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  3. semoga dicucuri rahmat kepada sosilawati & rakan2 beliau...
    sy cukup respect kpd sosilawati, tanpa die kebajikan pekerja2 syarikat die terjejas..
    pembunuhan yang kejam.. xada hati perut...
    InsyaAllah ade la balasan kpd mereka2 yg membunuh..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ada balasan kepada mereka yg membunuh soilawati & rakan2 beliau...
    al-fatihah..

    ReplyDelete
  5. Semoga rohnya dicucuri rahmat..
    setiap kejadian ada baik buruknya..
    redha..
    al-fatihah

    ReplyDelete
  6. bagus sosilawati nie..
    x lupa diri bila dh kaya...s

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)