Tuesday, August 31, 2010

SaLam KeMerDeKaaN ke -53

alhamdulillah, tahun ni fy masih berkesempatan menyambut hari kemerdekaan Malaysia tercinta ni..pda 31 ogos 2019, negara Malaysia menyambut kemerdekaannya y ke 53..seperti tahun2 y da lepas, fy sambut merdeka kat rumah je..sambil online and wish merdeka kat kawan2 semua..hehehe..

sudah menjadi kebiasaan, pada hari2 keramat macam ni mesti banyak blog y cerita pasal sambutan merdeka dan juga sejarah kemerdekaan Malaysia..fy pon xketinggalan jugak nak cerita dua info ni y berkaitan dengan Malaysia..jom layan..=]

1) Bendera Malaysia

Permulaan asal Bendera Malaysia bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Bendera ini pertama kali dinaikkan pada 31 Ogos 1957, kira-kira 7 tahun setelah ia dicipta. Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada tahun 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang.

2. Lagu Negaraku

Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957. Tune asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan, sebuah lagu yang popular pada masa tu (the state anthem of Perak). Pada masa tu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai.

Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil composer terkenal. Composer yang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia.

Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan.

Sebenarnya, tune lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moon berasal dari island of Mahe di Seychelles. Tempat tinggal Sultan Perak satu masa dulu. French band selalu membuat persembahan dengan tune ni. Sejarahwan percaya lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger dengan mendapat idea daripada French Poet pada abad ke-19

10 comments :

  1. xsambot merdeka kat pekan ke???
    hahaha

    ReplyDelete
  2. jom sambut dengan akal dan jiiwa merdeka bukan macam beruk matyeh

    ReplyDelete
  3. oo..dia ke yg wt bendera..namanya pn dh ada nma 'jasa'..mmg berjasa betul lah..he2..

    ReplyDelete
  4. Salam Merdeka ke 53!
    Dapat juga info tentang sejarah lagu negaraku~ =)

    ReplyDelete
  5. Syafiq Kadiran: wahaha..best ke yop?

    ReplyDelete
  6. senandung semalam: salam merdeka juga..=]

    ReplyDelete
  7. cemomoi: btol2..kalau setakat tau laung merdeka, tp xhargai, xguna jgk..

    ReplyDelete
  8. diriku: eh..bukan la..jasa mohamed bermaksud, mohamed y berjasa..name btol dia mohamed hamzah..hehe

    ReplyDelete
  9. hafidz: hehe..sekadar berkongsi..=]

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)