PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label Sy InGiN MeNguCaPkaN. Show all posts
Showing posts with label Sy InGiN MeNguCaPkaN. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka

selamat menyambut kemerdekaan Malaysia untuk kali ke 55..semoga kemerdekaan ini 
milik rakyat Malaysia untuk selama-lamanya..amin..

Sunday, November 6, 2011

Raya Haji 2011...

Alhamdulillah, tahun ni arwah abah dan arwah tok ki (ayah abah) dapat menunaikan ibadah haji..sebenarnya arwah  abah xsempat nak jejakkan kaki ke kota suci Mekah, tp lepas abah meninggal, mama ada jumpa seorang kenalan lama mama iaitu ustazah yaminah..ustazah yaminah ni hantar orang ke Mekah untuk upah haji.. dengan pertolongan ustazah, insyaallah upah haji untuk abah dan tok ki dapat disempurnakan dengan baek..

pagi td kitaorg ziarah lagi kubur abah..syahdu sgt rasa..raya haji pertama tanpa abah..keadaan memang banyak berubah lepas abah meninggal..fy sendiri pon selalu je tibe2 menangis..terbayang semua kenangan dgn abah..senyuman abah dan gelak tawa abah selalu terngiang-ngiang dekat telinga fy..abah, pp rindu abah sangat.. kalaula pp boleh undur balik masa....

ape pon, fy nak ucapkan selamat hari raya aidil adha untuk semua muslimin dan muslimat di luar sana..semoga semua y menunaikan ibadah haji mendapat haji y mabrur..insyaallah...




fy jugak nak ucapkan selamat menjalani ibadah korban kepada semua y mengambil bahagian..makan daging jgn membazir ye..kalau x, tahun dpn xdpt da..hehe..ok, papai..




berqurban merupakan amal yang paling dicintai Allah SWT pada saat Idul Adh-ha. 

Sabda Nabi SAW : “Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban.” (HR. At Tirmidzi) (Abdurrahman, 1990) 

Berdasarkan hadits itu Imam Ahmad bin Hambal, Abuz Zanad, dan Ibnu Taimiyah berpendapat,“Menyembelih hewan pada hari raya Qurban, aqiqah (setelah mendapat anak), dan hadyu (ketika haji), lebih utama daripada shadaqah yang nilainya sama.” (Al Jabari, 1994).

Setiap titisan darah haiwan qurban akan memintakan ampun bagi setiap dosa orang yang berqurban. Sabda Nabi SAW : “Hai Fathimah, bangunlah dan saksikanlah qurbanmu. Karena setiap tetes darahnya akan memohon ampunan dari setiap dosa yang telah kaulakukan.. .” (lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/165)

Wednesday, October 26, 2011

Diwali Greetings (^_^)

have a very nice


especially,
to these three musketeers
(exclude me ;p )


devi, molly & valli:

May the beauty of deepavali season
Fill your home with happiness,
And may the coming year
Provide you with all
That bring you joy!

Wednesday, January 19, 2011

GeGirL BesTDaY (^_^)

kembali bersiaran selepas hampir 5 hari dibelenggu kemalasan tahap gaban..semalam, fy kuar dengan member2 fy untuk meraikan besday yun & sah y jatuh pada 16 january y lepas..time kitaorg sampai kuantan memang da magrib..lepas setlekan semua y patot, pkol 9.30 barula sampai TC..so, inila dia sedikit pic masa kejadian.. =)




memandangkan semua org memang da kelaparan, xbyk pic y sempat ambik..lagipon, pkol 11 da kene gerak balik pekan semula..xkn nk tido hotel lagi? ape pon, walaupun sambutan simple2 je, but its nice.. hangout dengan girlfrends kn? kepada yun n sah, happy 23th besday..love u both very2 much.. xoxoxo...

Friday, December 31, 2010

bye 2010, hye 2011..

just a simple wish for all my friends..

"Year's end is neither an end nor a beginning but a going on, with all the wisdom that experience can instill in us." - By Hal Borland

Friday, December 24, 2010

JoM SaMBuT XmaS!! buleh?


esok hari sabtu bersamaan dengan 25 December 2010 merupakan Xmas Day kepada sebilangan rakyat Malaysia..fy rasa semua orang pon memang da tau pasal 2..dekat tv, bukan maen meriah lagi lagu2 n movie pasal xmas dimaenkan..sama jugak dekat mall, pokok krismas bukan maen tinggi lagi di pacak kan di tengah2 bangunan..meriah jugak kan sambutan xmas ni?

y menjadi persoalanya, sape y paling excited sambut perayaan ni? tentunya penganut agama kristian..tau x kenapa diaorang sambut xmas? xmas merupakan hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. ape pula hukunmya kalau orang melayu beragama islam y turut meraikan Xmas?

Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam

Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:

1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.

2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.

3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.

Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”). Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.

hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.

Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)

Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)

Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.

Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:

“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)

Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.

kredit to : http://hashamosha.blogspot.com/2010/12/ada-apa-dengan-hari-krismasnatal.html

Friday, November 19, 2010

SyokNya RaYa!!!

setiap tahun fy akan balik kampung..kalau xraya aidilfitri, aidiladha pon ok..xkisah la y mana fy memang akan excited..kitaorg gerak balik taiping hari selasa, 16/11/10 lepas fy selesai paper machine..paper 2 agak hampeh buat fy, xtaula nape kepala macam blur..mesti sebab da ingat bnde laen ni..masa on dway 2, macam2 cabaran, dengan jemnya, jalan tutup and time2 2 la minyak keta nak abis..tapi alhamdulillah, kitaorang selamat jugak sampai walaupun lambat..kenapa fy suka sangat balik kampung? jom, fy share skit..

1) dapat jumpe opah... =]


2) dapat maen dengan sepupu fy y comel2...


3) dapat maen dengan baby sara (1st time jmpe, umur da 7 bulan)


4) dapat mandi sungai


5) dapat berhenti dekat R&R Tapah..R&R paling best!!!

haha..kali ni balik sekejap je..hari kamis pagi da balik kuantan semula..so, byk bende xbleh buat...kalu x, dapat ikot pak su g mancing...da 2 sampai pon lambat, opah da siap wat rendang n bakar lemang..rugi betul sebab xdapat join..xpe2, 2ngu balik kampung y seterusnya..ok??


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA"

Friday, September 10, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa...

salam aidil fitri semua..di kesempatan ini, fy nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua..semoga, di hari y penuh kesyukuran ini, kita semua dilimpahi keberkatan dariNya..fy juga ingin memohon seribu kemaafan dari teman2 blogger sekalian kiranya selama fy berada di dunia blogging ni, fy ada menyakiti hati mana2 pihak..InsyaAllah fy juga memaafkan kawan2 semua..bersama-samala kita bermaaf-maafan di hari y mulia ini..semoga, raya tahun ni lebih baek dari tahun-tahun y sudah..amin..

Tuesday, August 31, 2010

SaLam KeMerDeKaaN ke -53

alhamdulillah, tahun ni fy masih berkesempatan menyambut hari kemerdekaan Malaysia tercinta ni..pda 31 ogos 2019, negara Malaysia menyambut kemerdekaannya y ke 53..seperti tahun2 y da lepas, fy sambut merdeka kat rumah je..sambil online and wish merdeka kat kawan2 semua..hehehe..

sudah menjadi kebiasaan, pada hari2 keramat macam ni mesti banyak blog y cerita pasal sambutan merdeka dan juga sejarah kemerdekaan Malaysia..fy pon xketinggalan jugak nak cerita dua info ni y berkaitan dengan Malaysia..jom layan..=]

1) Bendera Malaysia

Permulaan asal Bendera Malaysia bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Bendera ini pertama kali dinaikkan pada 31 Ogos 1957, kira-kira 7 tahun setelah ia dicipta. Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada tahun 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang.

2. Lagu Negaraku

Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957. Tune asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan, sebuah lagu yang popular pada masa tu (the state anthem of Perak). Pada masa tu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai.

Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil composer terkenal. Composer yang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia.

Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan.

Sebenarnya, tune lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moon berasal dari island of Mahe di Seychelles. Tempat tinggal Sultan Perak satu masa dulu. French band selalu membuat persembahan dengan tune ni. Sejarahwan percaya lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger dengan mendapat idea daripada French Poet pada abad ke-19

Friday, November 27, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL aDHa...

Orkut Scraps Eid Ul Adha

salam...
di tengahari y mulia ini..
fy nk ucapkn slmat hari ry aidil adha..
sebabkn fy pnye last post da pnjg,
so arini
keep it simple..
nnt ada plak org tegur...
kn bani kn..
buekk...

mari mkn dgg byk2!!!
nyum nyum nyum..
hehehe...

Friday, September 18, 2009

SaLam LeBaRan...

Selamat Hari Raya!!
hehe..
sorry..
tpkse wish awal2..
mlm ni mlm last fy bleh on9..
cos esok pg2 lg pas sbuh mmg nk trus gerak balik perak..
mau beraya bsama opahku y terchenta..

di kesempatan y ada ni,
fy nk mnta maap dr hjg rmbut sampai la ke hjg kaki
kpd sume org..
sbg manusia biasa,
fy sdar fy byk kekurgan
dan byk melakukan kesilapan...
kalau ada y trasa hati ngn fy,
fy harap dptla maap kn fy...
segala mkn n minum 2 fy ada tmakan
atau mmg sengaja mkn,
harap dihalalkn la ye..
kirekite 0 - 0 la..
bleh gitu..??

kpd sesape y balik braye 2,
bhati2 la djalan ry...
jgn bawak laju ngt..
plahan sgt pon xleh..
kang bengang plak org kt blkg 2..
hahha..
owait..
sekali lg..
selamat hari ry,
maap zahir dan batin...

Saturday, August 22, 2009

HaPPy FasTinG~~~


korg!!!
selamat menyambut ramadhan..
puasa rjin2 tau..
xpuasa xleh ry!!!
take.care.n.all.d.best.