PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label SiSiPaN. Show all posts
Showing posts with label SiSiPaN. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

7 Kebaikan Minum Kopi (Minuman Kegemaran Nabi)



Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.

1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Thursday, September 13, 2012

Ucapan Anniversary Paling Sweet

sedih awek kalau time nak manja2 dgn bf kene macam ni..huhuhu

Thursday, September 6, 2012

Clothes Fold Helper

semalas inikah manusia zaman sekarang? kreatif? inovatif? itu memang xdinafikan. tapi kalau kita sampai memerlukan benda ni untuk hidup, xpayah jadi manusia la. macam xnormal je tengoknye..tapi atas pandangan memasingla kn? layan..


 
 


kalau berminat jugak nak beli klik sini, selagi promosi masih ada..huuuu

Wednesday, June 13, 2012

Thursday, February 23, 2012

GambaR NikaH Yusri & Lisa SurihaNi

Alhamdulillah... yusri dan lisa surihani telah pon selamat diijab kabulkan dengan sekali lafas di hotel marriot putrajaya.




majlis yang berlangsung sederhana itu bertemakan “winter garden” dan yusri telah memberikan rantai platinum sebagai mas kahwin kepada pelakon jelita lisa surihani kini sah bergelar isteri kepada salah sorang pengasas kru studios.
Lisa dengan hantaran menarik 9 dulang telah dibalas dengan 7 dulang oleh pihak yusri. tahniah kepada yusri dan lisa. semoga hubungan korang kekal bahagia hingga ke akhir hayat. amin.



kredit gambar – rotikaya

Saturday, February 11, 2012

Beyonce & Jay Z Baby - Blue Ivy Carter

picx ni adalah y pertama direleasekn oleh beyonce n jay z kpd umum..lebat betul rambut dia..agak2 Blue Ivy Carter ni byk ikot muka beyonce atau jay z?? heee..ce teka ce teka..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 3, 2012

Khairul Fahmi, Dahlia Teck putus?


sekarang da start kecoh psal KFCM putus cinta lagi..ura2 mengatakan dia putus dgn dahlia untuk seseorg y bernama Leuniey..patah tumbuh hilang berganti..untungla org top kn..dari ape y fy baca, Leuniey sebenarnya baru je bertunang dgn seseorg but da putus sbb nak kan KFCM tu..xtaula betul ke x cerita ni..layan kan aje pic tunang y dikatakan milik Leuniey ni..sorg cantik sorg top..untungla...Mata Ke Atas, Tangan Ke Dada



sumber: mahsih


Thursday, February 2, 2012

Video: Wanita Panik Rempuh Kedai Superbike

1) dari cctv dalam kedai

2) dari cctv luar kedai

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.
Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.
“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.
“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.
Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.
Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.
Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.
Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.
“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.
“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.
Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.
Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.
Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.
Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.

Wednesday, January 25, 2012

KiTa TerTiPu LaGi ???


isu robert kuok dan barangan keluaranya y meragukan kerana terdapat unsur2 babi, bleach blablabla..n harini da ada jawapan dari sahabat halal jakim untuk menghilangkan keraguan tu..but for what its worth, sbg umat islam, bila da ada keraguan lagi2 dgn makanan kita patot cari initiatif laen..sekarang ni pon da byk kn pilihan keluaran org muslim..so, buatla pilihan y bijak :)

 Kredit gambar: Wootmedia.my

Friday, January 13, 2012

Lawak Sepanjang Zaman :)

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

CheQpPJoY: baru terbaca..terus rasa nak post kat blog..huhu..da basi kn? layankan aje ;p

Wednesday, December 21, 2011

Saya Akan Kekal Muslim - Arif Alfian Rosli (-_-)**

KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

Saturday, December 17, 2011

Ariff Alfian Rosli dah masuk dalam Wikipedia!!

sekarang ni tgh meletup-letup cite pasal mamat ni..kalau tgk dekat blog sentiasa ada org upload cite pasal dia..n ptg ni fy sesaja google da siap keluar dekat wikipedia..erk..smpai camtu sekali..rasa2 lepas ni ada kot org buat page Haters Ariff Alfian Rosli..pada sesiapa y still blur2 psal Ariff Alfian Rosli, sila la tgk pic di bawah..





and if nak tau lagi lanjut cite dia sila la klik link ni: 

p/s: hang tuah ckp xkn melayu hilang di dunia...betula kot, xjmpe kat Malaysia tp ada kt Ireland..buang keluarga, buang kawan2, paling penting buang agama sendiri, tuhan sendiri..elok sgt la tu..semoga terbuka pintu taubat utk kau Ariff Alfian Rosli..amin..

Monday, October 31, 2011

Tips Kecilkan Perut Buncit dgn Self-Hypnosis

AWAS: ARTIKEL INI MUNGKIN BERBAHAYA KEPADA IBU MENGANDUNG!!




1. Bangun pagi-pagi
2. Berdiri tegak. tundukkan kepala..tatapkan mata ke perut.
3. Bongkokkan badan
.
..
...
....
4. Buka baju
5. Lalu tampar perut banyak kali sambil mengucapkan :





"bikin malu! bikin malu! bikin malu!!"

 






6. berhenti apabila penat atau sakit..

~gurau2 je..jgn marah ek...~

Sunday, September 4, 2011

7 Azab Yang Dilihat Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Monday, August 8, 2011

SaDiS: KaSiH SaYanG SeoRanG AbanG

"Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun." - Khairul fahmi

berikut adalah gambar rajagopal sedang berjalan-jalan dengan dahlia teck..yelah, kalau abang dengan adik xkanla nak berjalan pegang tangan macam ni kn? bawak adik jalan2 kat universal studio singapura ye..musim cuti sekolah ni..baeknye abg... =) - sy berfikiran positif -

nak tau lebih lanjut: OHBULAN!


cerita kedua merupakan maklumat dan gambar yang diterima BEAUTIFULNARA daripada seorang pembaca yang menggelarkan dirinya Nureen.
khairul fahmi kantoi
nak tau lebih lanjut: BEAUTIFULNARA
name saye nureen,berasal dari Serdang Raya saya bkerja d palace of the golden horses, cube abg nara zoom pic khairul fahmi ni.. seorang perempuan yg mgambil gmbr nye dan di dalam suite hotel palace of the golden horses. nama khairul fahmi ade trcatit dlm guest list on 17 July 2011 mase tuh mmg pasukan malaysia ade mginap d POGH, tp bkn under name individu, name khairul fahmi ade dlm guest list on 17July to, selepas pasukan malaysia menetang arsenal dan tgu mse tuk menetang liverpool. ni bkn cite kosong, tp sye hnye nk reveal ape yg brlaku..saya x brpihak pd sape2.
fy jumpa ni dalam blog beautiful nara..menarik jugak..da terasa diri macam penyiasat plak..huhu..tp, xdek ape kot..mungkin reflection patung ke ape ke..mungkin jgk dia ddk dengan family dia..moral support gitu.. - saya masih lagi berfikiran positif -
macam2 lagi cerita kita bley jumpa dalam internet mengenai khairul fahmi..google je nama dia, bersepah link keluar..pilih je mne nak..percaya atau tak, atas pilihan masing-masing..masa mula2 dulu, fy agak annoyed jugak dengan elia..bukan ape, terlalu excited memaparkan cerita cinta mereka berdua di khalayak umum..but, bila da jadi mcam ni terasa kesian plak..baru je beberapa bulan tunang..da putus kn? mungkin da tersurat, jodoh diaorg xpanjang..kita doakanla y terbaek untuk merek berdua ni..jangan risau elia, u r young n beautiful, insyaallah adalah jodohnye nanti..sabar ye laling :)

opss.lupa pula..good luck khairul fahmi..despite everything u do, u r one good player..keep it up!! player bola sepak ye..sila jgn pikir mendalam sgt..huhu..yeay!! Glory Malaysia... :)

Thursday, July 7, 2011

BUY 1 GET 1 FREE Double Cheeseburger ala carte

Counting down to our Lovin’ Mid-Month Special! It’s double the taste with double the value!

BUY 1 GET 1 FREE Double Cheeseburger ala carte. Available from 11 to 13 July 2011 (11am to 12 midnight).

Don’t miss out on this awesome Duolicious tower of 2 tasty 100% halal beef patties coupled with 2 slices of mouth-watering high-calcium cheese.

Print your official coupon here: http://www.mymcd.com.my/coupon/July/doublecheeseburger.pdf

One redemption per customer per transaction. Offer valid in Malaysia (not valid via MDS, Genting and airport stores). Other terms apply.

for more info please visit : McDonald's Malaysia Facebook

Friday, July 1, 2011

Kenapa BERSIH perlu di TOLAK..

Ini adalah entry copy-paste dr pihak y tidak bersetuju dgn BERSIH..ape pendapat fy plak?baca sampai habis...huhu..

1 .Perhimpunan haram Bersih 2 yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai nanti, diketuai oleh individu yang memperjuangkan beberapa isu kontroversi seperti kes murtad dan suruhanjaya antara agama di negara ini.

‎2. Apa yang difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan isu-isu kontroversi.

‎3. Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).

‎4. Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini.

5. Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.

‎6. Pada umat Islam yang ingin menegur pemerintah haruslah berdasarkan saranan Rasulullah SAW iaitu melakukannya mengikut saluran yang betul iaitu “Lakukanlah secara peribadi dan individu, dan ia (nasihat) harus diberi secara rahsia, kerana apabila mana sesuatu nasihat diberi secara terbuka, itu bukan lagi nasihat, sebaliknya ia akan membuka keaiban pemerintah".

‎7. Merujuk kepada sejarah Islam, terdapat kisah menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Abdullah Saba menganjurkan perhimpunan pada zaman Khalifah Uthman Affan sehingga menimbulkan perpecahan dan akhirnya mengorbankan nyawa khalifah itu sendiri.

‎8. Merujuk kepada penggunaan dalil oleh bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memetik sebuah hadis Rasulullah mengenai seorang sahabat mengadakan demonstrasi jalanan kerana disakiti jiran sebagai dalil membenarkan demonstrasi jalanan adalah tidak tepat.

‎*“Cara guna dalil itu tidak tepat, tajuk dalil itu tak sama, dalil kejiranan tak boleh disamakan dengan dalil kepimpinan. Hadis itu memang sahih, tetapi situasinya tidak sama kerana jiran tidak boleh disamakan dengan pemerintah,” kata Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

‎9. Golongan minoriti yang menganjurkan perhimpunan BERSIH seharusnya menghormati golongan majoriti yang rata-rata menyokong KERAJAAN.

‎* Sesebuah KERAJAAN terbentuk apabila majoriti rakyat menyokong sesebuah parti yang di ingini.. Jadi golongan minoriti yang menentang KERAJAAN yang dibentuk mesti menghormati keputusan majoriti. Setiap KERAJAAN yang dibentuk boleh berbuat apa sahaja yang perlu sekiranya menganggu gugat kehendak MAJORITI yang menyokong KERAJAAN.



ape y penting, pada tanggal 9 Julai tu, fy harap xdala insiden y x diingini terjadi..mintak di jauhkan la perkara2 y buruk..if terjadi, memang fy akan teringat sampai bila2..nak tau kenapa? sebab pada tarikh y sama, fy akan menyambut hari jadi..sape2 pon xnk perkara buruk terjadi pada hari2 y pnting dalam hidup kan?for what its worth, puuhhh puuhhh...mintak dijauhkanla malapeta...amin..

p/s: kesimpulanye fy xsetuju BERSIH dibuat pd 9 Julai..buat hari laen ye..jgn marah =)


Friday, April 1, 2011

APRIL FOOL DAY & ORANG ISLAM



***FAKTA ASAL USUL APRIL FOOL INI ADALAH TIDAK SAHIH DAN DIDALANGI OLEH SATU LAMAN WEB Y MEMPROMOSIKAN AJARAN KRISTIAN DGN NIAT UTK MEMBUATKAN ISLAM DICURIGAI, DITERTAWAKAN DAN DIPERLEKEHKAN OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM***



Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan. Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.



seperti y kita sedia tahu, walaupun tanpa artikel ni, sambutan april food adalah haram untuk diraikan oleh umat islam..untuk maklumat lebih lanjut sila ke sini (blog solihin zubir).



setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada saudara solihinzubir kerana membetulkan kesilapan fy..=)

Monday, March 7, 2011

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL N.27 (MERLIMAU) & N.28 (KERDAU)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang dengan majoriti lebih besar apabila kedua-dua calonnya menewaskan calon PAS pada pilihan raya kecil serentak semalam..sila rujuk bawah ok..

Roslan Ahmad, 44

DUN Merlimau: BN 4,533; PAS 1,671; Majoriti 2,862; 17/22 peti undi


Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44

DUN Merlimau: BN 1,592, PAS 203, Majoriti 989, 6/22 peti undi

tahniah kerana memenangi piliharan raya kecil kali ni..harap dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..Malaysia ku Gemilang =)

Saturday, February 12, 2011

Mubarak Mengundurkan Diri

Presiden Mesir Hosni Mubarak telah mengundurkan diri. Pengumuman itu berlaku Jumaat dari Naib Presiden Omar Suleiman yang mengatakan bahawa pasukan tentera sekarang akan mengambil alih.

Pengumuman pengunduran diri Mubarak mendapat sorakan gemuruh dari ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan di Kaherah Tahrir (Pembebasan) Square. Banyak bernyanyi dan melambaikan bendera Mesir.

Sebelumnya ini, organisasi berita mendakwa Mubarak telah meninggalkan ibu kota dan pergi ke kediamannya di resort Laut Merah Sharm El-Sheikh. Rumah Putih AS menjawab, menyebut memindahkan "langkah pertama yang positif."

Ratusan ribu penyokong anti-kerajaan berkumpul di Kaherah dan kota-kota Mesir yang lain, Jumaat, selepas Mubarak menolak tuntutan mereka untuk mengundurkan diri segera dalam ucapannya Khamis malam.

Saksi dan seorang pegawai keselamatan berkata sekurang-kurangnya satu orang telah terbunuh dan 20 luka-luka dalam pertengkaran antara polis dan penunjuk perasaan di bandar Sinai utara al-Arish. Sekitar 1,000 penunjuk perasaan menyerang sebuah pejabat polis di bandar.

harapnya, lepas pengumuman ni keadaan di mesir kembali aman.. da xda pertumpahan darah semua..mcmne plak dengan status pelajar malaysia y still terkandas dekat jeddah ye?