PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Vanilla Cupcakes / Kek Cawan Vanila

Bahan A:
100 gm mentega
220 gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
125 ml susu segar

Bahan C:
125 gm mentega
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan adunan kek: 
1. Bahan A kecuali telur dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. Bahan B dimasukkan secara berselang seli dengan susu segar. Gaul adunan sehingga sebati dan rata.
4. Sediakan oven pada suhu 170C.
5. Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin pada paras 3/4.
6. Masukkan ke dalam oven selama 20 minit atau sehingga masak.



Cara penyediaan adunan krim vanila:
1. Putar kesemua bahan sehingga kembang dan putih.
2. Hias kek cawan apabila sudah sejuk.

Tuesday, November 13, 2012

Resepi Non Baked Oreo Cheese Cake

sebenarnya kek ni da lama fy buat..masa raya aidiladha haritu tapi baru hari ni rasa nak upload..da lama x update blog, rindu plak rasa..hehe..ok, balik pada tajuk, y ni sgt mudah untuk dibuat, xpayah nak kukus, xpayah nak bakar..just campak dalam peti sejuk..senangkan? jom buat kek keju ^_^


Bahan-Bahan

200 gm Oreo (Krim dibuang & biskut dihancurkan)
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya) - xletak pon
500 gm krim keju (nak sedap guna philadelphia cream cheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 2/4 @ nak hancurkan jugak pon xpe

CARA
1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. fy ketuk guna senduk nasi..kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Pukul whip cream sehingga kembang dan ketepikan.
3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang, putih dan gebu.
4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut. (sebabkan fy xguna jus lemon, fy larutkan dalam air panas shj so xguna oven).
5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.


sumber: http://aizaphcakegallery.blogspot.com ~thanx u for sharing =)

Saturday, October 6, 2012

Resepi Lasagna

memandangkan sekarang ni fy masih belum bekerja, so fy tryla manfaatkan masa y ada utk belajar memasak..dari buat benda y xda faedah, boleh la praktis masak utk future husband..up sikit market kan? wewewe~~~ lepas fy bake red valvet cupcakes, fy asyik mengidam nak buat lasagna..so fy pon search resepi2 y ada, fy pon try buat..jom tgk resepi..

Bahan utama
1) Kepingan Lasagna San Remo - rendam@celur untuk lembut & cepat masak

Bahan-bahan untuk inti daging
2) Prego Pasta Sauce - Traditional (140oz)
3) Ayam Brand - Cendawan butang (dipotong dadu)
4) Daging cincang 400g - fy guna daging cincang ramly 200g + sosej daging y dipotong nipis..
5) Serbuk black paper & oregano
6) Bawang besar & bawang putih 5 ulas (dipotong dadu)
7) Keju mozarella - grated/parut
8) Keju parmesan - grated/parut (xnk letak pon xpe)
9) sos cili ( 1 sudu besar )
10) garam secukup rasa
11) 4 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan untuk sos putih
12) 2 sudu butter
13) keju cheddar (2  Keping)
14) 250ml susu full krim
15) 2 sudu besar tepung gandun
16) garam secukup rasa

Cara menyediakan inti daging
1) masukkan minyak dan tumis bawang2 tadi sehingga naik bau.
2) masukkan daging cincang dan kacau sampai berubah warna (separuh masak pon xpe)
3) tuangkn sos prego dan gaul sehingga sebati
4) masukkan garam secukup rasa
5) masukkan pula serbuk oregano
6) campakkan pula cendawan butang dan kacai sehingga sebati
7) tabur serbuk black paper
8) kacau sebentar dan tutup api

Cara menyediakan sos putih
9) cairkan butter (api kecil)
10) masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga sebati
11) masukkan susu full krim kacau juga smpai sebati
12) masukkan keju cheddar dan kacau sehingga cair dan sebati
13) masukkan garam secukup rasa
14) rasa dan tutup api

Cara menyediakan lasagna
15) susun kepingan lasagna di dalam loyang y sesuai
16) taburkan inti daging ke atas permukaan kepingan lasagna
17) tuangkan sos putih ke atas permukaan inti daging
18) taburkan keju parmesan dan mozarella ( lg byk lg sodap)
19) ulang balik 15-18 (standard 3 layer saja)
20) panaskan oven dgn suhu 180c dalam 30-40 minit menggunakan api atas dan bawah.
      (bergantung kepada ketebalan & saiz) sehingga keperangan.

rupa lasagna bila da kuar dr oven..perang2 macam tula..

keju y meleleh..sedapppp =)


beberapa jam kemudian...sekian.....


thank u for sharing the delicious recipe =)

Thursday, September 20, 2012

Resepi Red Velvet Cupcakes

Nota: boleh dapat dalam 20 cups 

BAHAN A: DIAYAK

300gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil  tepung penaik

BAHAN B :

125gm butter - suhu bilik
280gm gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur size A
240ml  buttermilk - cara penyediaan ada di bawah
2@3 sudu pewarna makanan merah
1 sudu kecil cuka makanan

* Cara nak buat buttermilk sendiri - 240ml susu full cream dlm kotak dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan . Dikacau rata dan dibiarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .

- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . 
- Pukul butter dalam 1-2 minit kemudian masukkan gula dan pukul sehingga kembang. 
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati .
- Masukkan esen vanilla dan pukul adunan sehingga sebati.
- Campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan kacau bagi rata .
- Masukkan bahan A iaitu tepung dengan bancuhan buttermilk tadi secara selang-seli dan terus pukul sehingga betul-betul sebati . 
- Menggunakan bekas lain, campurkan soda bikarbonat dgn cuka dan kacau biar sampai berbuih dan cepat-cepat masukkan dalam adunan tepung tadi kemudian kacau semua adunan bagi rata . 
- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas (3/4 cup shj) dan bakar selama 20-15 minit @180'C.
- Sejukkan seketika sebelum letak frosting.


*Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


CARA BUAT CHEESE FROSTING :

200 gm gula icing
250 gm cream cheese
70 gm mentega

CARA MEMBANCUH CHEESE FROSTING :

1) Pukul semua bahan sehingga kembang dan sehingga sebati . Boleh tepek atas kek da :)

1st time buat..okla kn? heee (n_n) 

Friday, June 1, 2012

Pavlova & Resepi

da lama sgt kn fy xupdate? skrg ni tgh busy dgn final year project and minggu depan da start final exam..memang xmenang tgn..tp dalam pada tu, sempat jgk fy belajar buat pavlova..memang da lama simpan perasaan nak belajar buat pavlova, yela org ckp pavlova ni sikit je bahan dia..cara buat pon senang..jom tgk resepi dia..

Bahan2 :

- 4 biji putih telur
- 200 gram gula
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh esen vanila

Cara2 penyediaan:

- mula2 panaskn dulu oven dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius, guna api bawah shj.

- asingkan telur putih dr telur kuning. putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu jd gebu (soft peaks)
- kemudian dgn kelajuan y sama, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit. da abis masukkan gula, masukkan pula tepung jagung, cuka dan esen vanila..masukkan satu2 ok?
- da siap putar, adunan pon da jadi meringue bolehla ke step seterusnye iaitu bakor membakor.
- sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper dan tuang adunan td ke atas baking paper. kalau x gune baking paper nnt meringue tu terus melekat..retak plak pavlova tu nnt...
- lepas tu bolehla letak dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau and suhu antara 120 - 100 darjah celsius. bakar selama 1 jam 15 minit if x kekuningan lagi tambah masa tau..sebab makin besar pavlova, makin lamala kena msak..gune api atas and bawah..
- agak2 da masak, jgn keluarkan terus pavlova tu dari oven..biarkan dia menyejukkn diri dalam oven, biarkan pintu oven tu bukak sikit ek.

topping

-buah-buahan y berwarna warni (potong kecik2)
- whip cream

finishing

if gune whip cream y dalam kotak tu, putarla 5-10 minit..sampai jadi gebukan? lepas tu, kalau da yakin pavlova tu da sejuk, tepek2 la whip cream atas dia..kemudian boleh la hias ikot kretiviti kn? da siap simpan dalam peti.pavlova sedap makan sejuk2..hehe...

1st attempt - pavlova

2nd attempt - resepi sama tp dapat 2 mini pavlova..hikhik..

p/s: kalau rasa ngengade lebih, lepas da siap meringue tu asingkan dalam 2 bekas, tambah sedikit pewarna ikot kesukaan korg la..nnt dapat pavlova mcm kt atas tu, 1 mini pavlova warna pink dan satu mini pavlova warna hijau..rasa sama je..hahaha.. selamat mencuba :)