Friday, February 22, 2013

I Am A Billionaire

Fy rasa mesti ramai y pernah dapat email mengarut pasal dapat duit juta2 dari seluruh dunia..xda makna la kalau juta rupiah, ni main juta dolar atau juta pound. kalau da convert ke ringgit malaysia da berapa? ayoyoyo biru mata hitam. benda2 macam ni da berlarutan bertahun lamanya, modus operandinye sama, korang akan dikatakan menang loteri, id email menang cabutan bertuah, ada mak cik sakit xde zuriat nak sedekah duit dan macam2 lagi la alasanya. untuk membolehkan korg dapat duit juta2 tu, korg kene bagi sejumlah duit untuk bayar duit peguam dan kos2 lain.

suatu masa dulu, fy pernah layankan satu email kononya dr pihak pengurusan yahoo. diaorg ckp fy menang id email yahoo..dapat juta2 dolar uolzzz. so fy pon saja la reply message diaorg, fy tnya macam mana nak buat untuk dapatkan duit menang tu. diaorg suruh fy masukkan $800 ++ untuk upah peguam. kene bagi detail nama, alamat, no phone, ape tah lg. lepas tu fy da xreply la. takot terjebak.

ada satu kes ni, kawan fy cerita ada kawan dia mintak pinjam duit dalam rm5000++ sebab ada menang something dari email. kawan fy bagila pinjam sebab percaya dan masa tu dia pon xtau sgt pasal2 gejala tipu2 dekat email ni. last2 amik kau, duit da dapat orang dalam email tu da xreply da. kan xpasal2 berhutang ribu2. moral of the story, kalau xtau asal usul cerita jangan percaya. jangan cepat sgt gelap mata sebab duit. duit tu pon entah dari mana asal usulnya. kita orang islam mana boleh tibai je. da makan duit haram, gelap hati. susah hidup nanti.

nak tau kenapa fy tiba2 membebel pasal ni? sebab hari ni, untuk sekian kalinya fy dapat lagi email mcm tu.terharu sgt uolzz. "murahnya rezeki". hahaha. tak ada benda y senang dekat dunia ni. nak apa2, kene usaha. buat dengan cara y betul. kalau hidup nak berkat, jagala benda2 macam ni. usahakan sesuatu, jangan tunggu je. rezeki orang lain2, ada cepat, ada lambat. jangan putus asa, berdoa la selalu. Insyaallah, suatu masa nanti, doa kita tu akan dimakbulkan. Allah tu kan Maha Mendengar. Percayalah ^_^


2 comments :

  1. Assalam,

    Ya, ngarut jer semua tu...

    ReplyDelete
  2. orang nak cepat untung... bese lah tu... -___-"

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)