Sunday, September 12, 2010

UpDate Dato Sosilawati: Empat mayat rentung ditemui di Tanjung Sepat


Enam suspek ditahan bantu siasatan kes jutawan kosmetik

BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi. Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti.

Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah, 13 hari lalu.

Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.


9 comments :

  1. briter x best di hari raya
    takziah buat keluarga mangsa

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. sedihnya.
    kesian kat keluarga mangsa.
    tapi belum confirm kan?
    ke dah confirm?

    ReplyDelete
  3. shark: 2la..kesian kat anak2 dia y menunggu 2..

    ReplyDelete
  4. latifah: blum confirm lagi..forensik baru nk wat siasatan..doaknla y terbaek utk sosilawati..

    ReplyDelete
  5. Hmm..kalau betul, sedih anak-anak mangsa, harap2 bukan..huhu.. :-(

    ReplyDelete
  6. Kerana mata dan hati sudah gelap dengan wang, perkara yang salah pun sanggup dilakukan..

    ReplyDelete
  7. hurm.. macam2... tahziah kepada keluarga mangsa.. ~al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. jahanam betullah org yg buat keje terkutuk ni,tak takut tuhan ke...siap bakar empat org skali tu...adooyai

    ReplyDelete
  9. kesian kt ahli keluarga beliau..aildifitri disambut tanpa org tersayang..

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)