PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, May 30, 2010

Millatfacebook cabar Facebook

first time fy dgr psal millatfacebook ni dr sorg kawan..dia y bg fy link berita ni kt berita harian online..y ni dr artikel ari smlm..fy xmau byk ckp n hope korg bace la..bnde ni pntg jgk sbb ada kaitan ngn isu y baru je meletop baru2 ni antara pengguna2 facebook..so ape lg...layan...

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

"Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP


cmne korg?nk join xagak2?kalu rse nk wat acc kt millatfacebook, nnt tgl kn id kt fy ea..mne tau nk add pula..kn kn?

18 comments :

  1. sizukaDeboss: xg..sj je promote dulu..nnt da ramai org wat akak wat la..hahaha

    ReplyDelete
  2. haa..chik pun baru dpt tau mlm td..and ade lg 1 website..tak silap chik namanya myfriends.com...tp sehari tak buka fb rs tak best je..huhu

    ReplyDelete
  3. Chik chuMeLL s: bleh thn jgk la xbest sbb fy nk kne jge kafe lagi, kebun lg..hehe

    ReplyDelete
  4. lg 1 nme dy umma united.. sy da wat akaun.. nti k fifi n izati add sy keh!! papai...t.care..

    ReplyDelete
  5. DaruL: InsyaAllah bila akak da wat ak bgtau n add awk k huda..hehe

    ReplyDelete
  6. dah ramai ke gb join tu.... tuan punya blog cam mana dah join ke?

    ReplyDelete
  7. hahaha... cam best jer! nak sign up la! :)

    ReplyDelete
  8. Aidi-Safuan: korg sign up dulu..nnt fy join jgk k?

    ReplyDelete
  9. sebentar2...ade gak bace artikel ni tadi...
    tapi kalau dorang nak wat millatfb pun kenape perlu ambik ciri2 cam dalam fb tu sendiri?
    kenapa x wat lain dari lain sikit...
    nanti x kena saman ke???
    haha..

    same la dengan myfriend2u kot...
    huhu...

    ReplyDelete
  10. Farid: kalu best sila wat acc ok?

    ReplyDelete
  11. APAN: 2la y fy pelik...kaler pon nk same..nape xwat design sndri?bru btol2 nk lawan...ni nmpk mcm tiru plak.

    ReplyDelete
  12. jngan jadi kes pnjg dah r...
    awk da bukak acc die ke???
    cmne???
    ok x???

    ReplyDelete
  13. APAN: xdekla..sy xbukak g..2ngu org da ramai n da yakin bru join..ley gitu?

    ReplyDelete
  14. terserah la pada si tuan badan...
    sy ni pun kurang berminat kot...
    fb pun da x actif dah...
    dok sangap dengan blog ni...
    huhu...

    ReplyDelete
  15. APAN: btol2..sehari ngadap blog lagi lma dr ngadap fb..hehe

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)