PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, December 24, 2009

TeaTeR NaTraH

walaupon cite ni da lama,fy ttp nk update..xkire la korg nk bce ke x..hehehe..04/12/2005 aritu,kitaorg bdak2 senandika dgn semangat y bkobar2 pegi ke istana budaya semata2 nk tgk pementasan "NatRaH"...kitaorg da book tiket awal2 so xdek la problem ngt nk msok..
ape y best ngt psal teater natrah ni?haa..y ni fy amik sinopsis dr portal istana budaya..

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!

fy dah pon mngikuti kesudahan ceritanye...perh..mmg puas ati..teater tbaek y fy pnah tonton..ada jgk la scene y wat fy nk nangis..perasaan nk g memberontak sama pon ada jgk..nsib la fy dpt besabar lg..hehe..kredit to erma fatima..marvelous!!ana teruja menengok natrah!!maya best!!remy best!!umie best!!sofia jane pon best!!!natrah mmg best!!!yeay!!!

1 comment :

  1. hajat nk tgok teater natrah, tp xkesempatan. how lucky u're.

    kisah sedih natrah berlaku sehingga ke akhir hayat. pernah cerai byk kali, pernah cube nk bunuh suami, dan pernah jadi gile. hidup mcm roda. kdg di atas, kdg di bwh.

    klu dlu pantang agama islam dipermainkan, angkat senjata, syahid..
    tp skrg? byk yg murtad tp wat xtau je. xambil serius.

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)