PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, June 15, 2009

SeMaKaN KePuTuSaN PerMoHoNaN KeMaSuKaN kE iPTa LePaSaN STPM & SeTaRaF

Status permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan SPTM , Diploma, Matrikulasi, Asasi atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai 19 Jun 2009 pukul 12 tengah hari.

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Keputusan ini tidak membabitkan calon yang memohon ke USM kerana universiti itu sudah mengumumkannya pada 30 Mei lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.

Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain

Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari. Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan.

Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya dan calon juga boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA.

Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 10 Julai 2009. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.

waa!!!

cuaknye nk 2ngu result..

wish me luck ye!!!

7 comments :

  1. thnx a lot 4 da wish..
    its very nice of u...
    hv a nice day...

    ReplyDelete
  2. gud luck 4 my new blogger fwen.. ;o)

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum..semoga berjaya diterima......salam kenal berblog

    ReplyDelete
  4. ko masuk je balik ump. nnt ak belanja ais krim :D

    ReplyDelete

DoNT 4Get To DrOp Me A cOmMent b4 u LeaVe..
tQ.. =)